FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

07 Mei 2025

Strategi

Cara Untuk Trade Emas

Cara Untuk Trade Emas

Trading emas bukanlah satu topik yang mudah, kerana logam kuning ini tidak bergerak sama seperti pasangan matawang atau komoditi lain di pasaran Forex. Namun, terdapat beberapa strategi terkenal yang dapat membantu anda berjaya dalam trading emas.

Trading sempena berita

Selain daripada statistik biasa, emas dipengaruhi oleh faktor politik dan ekonomi, bencana global, serangan pengganas, dan krisis. Ini kerana emas mempunyai hubungan yang rapat dengan pelbagai pasaran ekuiti dan bahan mentah.

Dinamik harga emas tidak mengikut logik biasa. Trading sempena berita hanya boleh berjaya selepas pengumuman atau peristiwa besar. Adalah sangat disarankan agar anda tidak membuka pesanan sebaik sahaja selepas acara ini, kerana anda tidak tahu ke mana harga akan bergerak.

Sebagai contoh, kejatuhan mendadak pasaran ekuiti mengakibatkan kenaikan harga emas. Ini boleh membantu anda membuka posisi long.

Strategi trading yang fundamental: korelasi

Bukan lagi rahsia lagi bahawa emas mempunyai korelasi negatif yang kuat dengan dolar AS. Ini bermaksud emas dan dolar AS bergerak dalam arah yang bertentangan. Signal beli untuk Emas bermaksud signal jual untuk USD, dan sebaliknya. Satu perkara yang baik untuk diketahui ialah salah satu signal ini muncul lebih awal berbanding yang satu lagi, memberikan anda potensi untuk mengaut keuntungan jika anda bersedia mengambil risiko.

Berikut adalah strategi untuk trade emas menggunakan korelasinya dengan USD.

  1. Buka carta harga Emas dan pasangan matawang silang USD (contohnya, USDJPY) pada platform anda pada masa yang sama. Kedua-dua carta perlu menggunakan rangka masa yang sama (contohnya, H1).

  2. Tentukan aras sokongan dan rintangan utama pada kedua-dua carta dan tunggu penembusan. Di samping itu, lihatlah bentuk candlestick untuk mengetahui arah potensi harga selanjutnya.

Kadang-kadang, anda melihat garisan rintangan pada carta USDJPY, tetapi tidak dapat menemukan mana-mana sokongan pada carta emas. Perhatikan bahawa penembusan rintangan pada carta USDJPY akan disusuli dengan isyarat jual pada carta emas. Oleh itu, jika USD menguat pada carta USDJPY, ia akan memberi isyarat untuk menjual emas.

image_01.jpg

image_02.jpg

Pada carta H1 USDJPY, candlestick bearish telah terbentuk. Ini memberikan signal beli yang kuat untuk emas. Jika seseorang trader mengambil peluang ini, beliau boleh meraih keuntungan yang baik daripada kenaikan harga emas.

Sebaliknya, emas mempunyai korelasi positif dengan AUDUSD. Australia dikenali sebagai salah satu pengeluar emas terbesar di dunia. Itulah sebabnya Bank Rizab Australia perlu menjaga rizab emasnya agar sentiasa seimbang. Emas bertindak balas terhadap data fundamental Australia atau perubahan dasar monetari yang dibuat oleh Bank Rizab Australia. Dalam gambar di bawah, pemotongan kadar faedah yang dilakukan pada tahun 2016 telah menyebabkan penjualan emas.

image_03.jpg

Strategi trading bermusim

image_04.jpg

Pergerakan harga emas bergerak mengikuti pola bermusim. Emas menjadi lebih kuat pada masa tertentu sepanjang tahun dan lebih lemah pada masa yang lain. Emas cenderung meningkat pada suku pertama suatu tahun ini serta dalam bulan-bulan terakhir tahun tersebut.

  • Langkah pertama ialah untuk membeli emas pada bulan-bulan bilamana harga emas cenderung meningkat. Ini cenderung berlaku pada awal tahun (pada bulan Januari dan Februari).

  • Tunggu pengesahan lain, berdasarkan angka teknikal, osilator (MACD, RSI) dan bentuk candlestick untuk potensi penyongsangan trend.

  • Jika emas mengikuti pola bermusimnya pada bulan Januari, buka posisi long.

  • Muktamadkan keuntungan anda (tutup posisi) sebelum akhir Februari. Ingat, jika emas telah mengikuti pola bermusimnya pada bulan-bulan awal tahun, kitaran bermusim berkemungkinan besar akan berterusan. Dalam pola bermusim, bulan Mac adalah bulan paling teruk untuk trade emas, jadi adalah lebih baik untuk menutup posisi anda sebelum ia tiba.

Tip: harga spot untuk emas dipaparkan pada carta sekitar jam 10:30 dan 15:00 GMT, selepas pelbagai lelongan dibuat oleh pelbagai pemain besar industri emas. Kebanyakan trader membuka atau menutup posisi mereka dalam tempoh ini. Ini adalah tempoh masa yang disarankan bagi anda untuk trade emas.

Kesimpulan

Sifat khusus emas menuntut teknik trading yang khusus digunakan. Anda boleh menggunakan sama ada strategi korelasi atau strategi perubahan bermusim. Tetapi ingat untuk mengambil kira semua faktor yang berpotensi mempengaruhi harga Emas. Ini akan melindungi anda daripada risiko dan menjadikan trading lebih menguntungkan.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.