FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

20 Mei 2025

Strategi

Strategi Pelaburan untuk Pemula: Panduan Mudah

Strategi Pelaburan untuk Pemula: Panduan Mudah

Pelaburan adalah salah satu cara paling berkesan untuk menjana wang dari masa ke masa, dan memulakannya lebih mudah daripada yang disangka ramai. Walaupun anda baru bermula, anda boleh membina asas kewangan yang kukuh untuk mencapai matlamat jangka panjang anda. Untuk itu, anda perlukan pendekatan yang betul. Panduan langkah demi langkah ini menerangkan beberapa strategi pelaburan teras. Mula buat keputusan kewangan dengan bijak sekarang!

Apakah itu strategi pelaburan?

Strategi pelaburan adalah peta hala tuju yang sistematik untuk membantu orang melabur dalam pelbagai instrumen kewangan untuk tujuan tertentu. Pelan yang mantap mempertimbangkan toleransi risiko, jangka masa, dan matlamat kewangan pelabur. Jangan cuba untuk melakukan sendiri semua perkara dan mencipta semula benda yang sudah ada — berpeganglah pada sistem yang sudah terbukti dengan nisbah risiko/ganjaran yang baik.

Adalah penting untuk memilih platform yang dipercayai — itulah cara untuk memastikan transaksi anda selamat. Mulakan dengan FBS — sebuah platform yang dikawal selia yang dipercayai oleh jutaan trader dan pelabur.

Strategi pelaburan penting untuk para pemula

1. Tentukan objektif kewangan yang jelas

Sebelum melabur, luangkan masa untuk memikirkan apa yang anda ingin capai. Sekadar mengatakan "Saya mahu membuat sedikit wang" tidak memadai — anda perlu mempunyai matlamat yang jelas dalam fikiran. Tanpa matlamat yang jelas, mudah untuk anda melepaskan peluang dan memilih strategi yang tidak membawa anda ke mana-mana. Anda ada menabung untuk persaraan, atau berimpian untuk membeli rumah? Anda mahu membebaskan diri daripada belenggu hutang, atau anda ingin menjana pendapatan pasif? Matlamat anda akan membimbing keputusan pelaburan anda, membantu anda memilih aset dan garis masa yang sesuai untuk pertumbuhan.

Terdapat tiga jenis matlamat jangka masa kewangan.

Matlamat jangka pendek boleh dicapai dalam setahun. Ia tentang menyediakan asas kewangan yang kukuh supaya anda dilindungi sekiranya timbul perbelanjaan tidak dijangka. Sebagai contoh, matlamat jangka pendek mungkin untuk membina dana kecemasan, menyelesaikan hutang kad kredit dan pinjaman mikro, atau merancang perbelanjaan bulanan.

Untuk mencapai matlamat jangka pendek anda, pertimbangkan:

  • mengawal perbelanjaan dan merancang belanjawan ke hadapan;

  • menggunakan aplikasi simpanan atau akaun simpanan berpulangan tinggi;

  • mengurangkan perbelanjaan impulsif dan memotong kos yang tidak perlu.

Matlamat jangka sederhana boleh dicapai dalam satu hingga lima tahun, jadi kami masih bercakap tentang masa depajn yang tidak terlalu jauh ke hadapan. Menyimpan untuk bayaran pendahuluan sebuah kereta atau rumah, melunaskan pinjaman pelajar, membiayai majlis perkahwinan, atau memulakan perniagaan kecil adalah matlamat jangka sederhana.

Cara-cara untuk mencapainya:

  • Buka akaun simpanan atau pelaburan khas (jangan sentuh akaun ini jika berlaku kecemasan, buka akaun tambahan lain untuk tujuan itu).

  • Melabur dalam dana amanah atau bon yang konservatif (supaya wang anda dilindungi daripada kemeruapan pasaran).

  • Set pemindahan automatik ke akaun simpanan jangka sederhana.

  • Elakkan daripada membuat hutang baru dan/atau fokus membayar balik hutang yang sedia ada.

Matlamat jangka panjang ditetapkan untuk tempoh lebih lama (lebih lima tahun) — ia memerlukan perancangan yang teliti dan komitmen jangka panjang. Sebagai contoh, pelan persaraan, membiayai pendidikan anak-anak anda, dan mencapai kebebasan kewangan. Semua objektif ini dapat dicapai dengan melakukan perkara berikut:

  • Mencarum secara berkala ke dalam akaun persaraan (seperti 401(k), IRA — bergantung pada situasi anda).

  • Melabur dalam saham, ETF, atau dana indeks untuk pertumbuhan jangka panjang dan dalam bon untuk kestabilan dan kepelbagaian (kami akan menerangkan lebih lanjut di bawah).

  • Menyeimbangkan semula portfolio anda setiap tahun dan memantau pelaburan anda — ia bukan suatu yang "set-it-and-forget-it" (set dan tinggal).

  • Meningkatkan kemahiran atau mencari pekerjaan sambilan untuk pendapatan tambahan.

2. Pempelbagaian pelaburan: serakkan risiko anda

Pempelbagaian (diversification) adalah langkah pertama untuk melindungi aset anda. Ia menyerakkan pelaburan anda merentasi pelbagai kelas aset seperti saham, bon, ETF, dan hartanah. Pendekatan ini membantu meminimumkan risiko kerana pelbagai aset bertindak balas secara berbeza terhadap perubahan pasaran. Portfolio yang terpelbagai boleh melindungi anda daripada kerugian besar jika salah satu pelaburan mengalami kerugian. Ia juga meningkatkan peluang anda untuk meraih pulangan yang stabil.

Berikut lima cara untuk mempelbagaikan portfolio anda:

  • Pencarkan pelaburan merentasi kelas-kelas aset yang berbeza. Jangan letakkan semua wang anda dalam satu jenis aset; gabungkan saham untuk pertumbuhan, bon untuk kestabilan, dan tunai untuk kecemasan.

  • Pencarkan pelaburan merentasi pelbagai sektor. Jangan melabur hanya dalam teknologi atau hartanah sahaja: beli saham sektor barangan pengguna (seperti Procter & Gamble), kewangan (seperti JPMorgan), dan tenaga (seperti ExxonMobil).

  • Gunakan ETF dan dana amanah. Instrumen-instrumen ini menjejaki indeks, jadi ini adalah peluang yang baik untuk mendapatkan dedahan kepada banyak syarikat sekaligus dengan sedikit usaha. Sebagai contoh, ETF S&P 500 memberi anda saham dalam 500 syarikat teratas A.S.

  • Pertimbangkan kepelbagaian geografi. Melabur dalam syarikat dari negara-negara berbeza ( Saham-saham A.S. + Eropah + negara membangun)

  • Imbangkan semula portfolio anda secara berkala. Sesetengah aset mungkin lebih bernilai berbanding yang lain apabila pelaburan anda berkembang. Jika nilai saham anda meningkat dan kini membentuk 80% daripada portfolio anda (dan sasaran awal anda adalah 65%), jual sedikit dan beli lebih banyak bon atau aset tunai untuk mengembalikan keseimbangan.

3. Kaedah 70/30 (diilhamkan daripada Warren Buffett)

Garis panduan yang popular untuk pemula adalah petua 70/30. Ia terpakai untuk pengagihan pendapatan anda secara umum. Sisihkan 70% daripada pendapatan anda untuk perbelanjaan dan laburkan 30% (dan/atau gunakannya untuk melangsaikan hutang). Jika kita bercakap tentang pelaburan tulen, peruntukkan 70% daripada portfolio anda untuk saham untuk pertumbuhan dan 30% untuk bon atau aset lain yang lebih selamat untuk kestabilan. Kombinasi ini mengimbangi risiko dan ganjaran, membolehkan pertumbuhan jangka panjang sambil memastikan potensi kerugian masih terkawal.

4. Melabur dalam dana indeks berkos rendah

Dana indeks adalah sejenis dana amanah atau ETF yang menjejaki indeks pasaran yang tertentu (seperti S&P 500). Ia meniru komposisi indeks secara pasif, jadi anda tidak perlu memilih saham secara aktif.

ETF dan dana indeks yang menjejaki indeks pasaran saham utama adalah pilihan yang baik untuk pemula. Ia menawarkan dedahan pasaran yang meluas dengan yuran yang lebih rendah, menjadikannya pilihan yang bijak. Ia memberikan kepelbagaian dengan segera, tidak memerlukan banyak pengurusan, dan mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam memberikan pulangan jangka panjang yang baik. Teliti dana-dana indeks ini:

  • Vanguard Total Stock Market ETF (VTI) memberikan anda dedahan kepada saham-saham A.S.

  • Schwab S&P 500 Index Fund (SWPPX) menjejaki saham 500 syarikat terbesar di AS.

  • Fidelity ZERO Total Market Index Fund (FZROX) tidak mengenakan sebarang fi sama sekali (pilihan yang hebat untuk pemula);

  • Vanguard FTSE All-World ex-US ETF (VEU) mendedahkan portfolio anda kepada pasaran antarabangsa.

5. Dollar-cost averaging (DCA)

Dollar-cost averaging bermaksud melabur sejumlah malar wang pada selang masa yang tetap, tanpa mengira apa jua keadaaan pasaran. Anda membeli lebih banyak saham apabila harga rendah dan lebih sedikit apabila harga tinggi, yang membantu menurunkan purata kos sesaham anda dari masa ke masa dan menstabilkan pertumbuhan pelaburan anda. Ia membantu:

  • mengurangkan pelaburan secara emosi, jadi anda tidak menghabiskan banyak masa di pasaran;

  • mengagihkan risiko, jadi anda tidak meletakkan semua telur anda dalam satu bakul;

  • membina disiplin melalui tabiat pelaburan yang berkala.

6. Melaburkan semula dividen untuk pertumbuhan terkompaun

Dividen ialah agihan keuntungan bayaran yang dibayar oleh syarikat kepada pemegang saham. Ia dibayar pada pelbagai selang masa tertentu. Apabila anda melaburkan semula dividen anda, anda tidak mengeluarkan tunai tetapi sebaliknya menggunakan bayaran tersebut untuk membeli lebih banyak saham. Strategi ini menggunakan kuasa pengkompaunan, bermakna pulangan anda boleh menjana pulangan yang lebih banyak dari semasa ke semasa. Banyak akaun perbrokeran menawarkan pelan pelaburan semula dividen secara automatik (pip) untuk memudahkan proses ini.

Sebagai contoh, anda melaburkan $10,000 ke dalam dana indeks pembayaran dividen yang memberikan 3% dividen tahunan dan nilainya berkembang sebanyak 5% setiap tahun. Katakan dividen anda dilaburkan semula secara automatik: selepas 20 tahun anda memperoleh hampir $8000 lebih. Itulah dia kuasa pengkompaunan!

Mahu untung lebih banyak lagi? Berlatih melabur dengan akaun Demo FBS!

Kesilapan lazim dalam pelaburan yang harus dielakkan

  • Melabur secara emosi: jangan menjual secara panik dalam pasaran bear dan membeli secara berlebihan di puncak pasaran bull. Ia boleh membawa kepada kerugian yang tidak dijangka dan menyakitkan.

  • Membaca masa terbaik di pasaran: pelabur yang berpengalaman sekali pun tidak mampu untuk meramalkan pergerakan jangka pendek pada setiap masa, maka kekalkan strategi pelaburan yang konsisten seperti DCA.

  • Kekurangan kepelbagaian: anda boleh mengelakkan risiko yang ketara dengan mewujudkan portfolio yang pelbagai.

  • Menganggap remeh tentang fi: ingat bahawa fi pelaburan yang tinggi boleh mengurangkan pulangan jangka panjang. Gunakan dana dan platform berkos rendah.

Cara menjana $1000 sebulan dengan pelaburan

Menjana $1000 setiap bulan menerusi pendapatan pasif adalah mungkin, tetapi memerlukan perancangan yang teliti. Lihat strategi berikut:

  • Melabur dalam saham yang mempunyai sejarah kuat dalam membayar dividen (dan, seperti yang kami sudah sebutkan sebelum ini, laburkan semula dividen tersebut).

  • Bina portfolio pelaburan yang besar dari semasa ke semasa. Dengan jangkaan pulangan sebanyak 5%, seorang pelabur memerlukan kira-kira $240,000 untuk menjana $1000 sebulan.

  • Terokai segmen hartanah sewa atau REIT (amanah pelaburan hartanah) yang boleh memberikan pendapatan pasif yang stabil.

  • Pelaburan pendapatan tetap boleh mewujudkan aliran tunai yang boleh diramalkan — pertimbangkan bond ladder atau anuiti.

Kesimpulan

Pelaburan tidak semestinya rumit. Ikuti strategi yang terbukti seperti pempelbagaian, dollar-cost averaging, dan pelaburan dana indeks untuk membina kekayaan dari masa ke masa. Kuncinya adalah untuk bermula awal, kekal konsisten, dan mengelakkan kesilapan biasa. Anda boleh mula kecil dan melabur lebih apabila anda memperoleh pengalaman dan keyakinan.

Melabur jadi mudah dengan FBS — terokai dunia kewangan bersama kami!

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.