FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

15 Mei 2025

Strategi

Strategi Trading Opening Range Breakout

Strategi Trading Opening Range Breakout

Strategi trading sangat penting untuk mana-mana trader yang ingin membuat keuntungan, kerana ia memberikan konsistensi yang diperlukan untuk membuat keputusan trading yang baik. Hari ini kami akan memperkenalkan anda kepada salah satu pola carta penyongsangan dan penerusan trend yang paling penting untuk pasaran saham - opening range breakout (penembusan julat pembukaan). Kami akan bentangkan kepada anda sejarah strategi trading berdasarkan pola ini, beberapa contoh, dan beberapa petua berguna. Jom!

Apakah itu Opening Range Breakout?

Opening Range (Julat Pembukaan) adalah ruang antara paras tertinggi dan paras terendah harga untuk satu tempoh tertentu selepas pasaran dibuka. Biasanya, tempoh ini kurang daripada satu jam, dan strategi penembusan julat pembukaan (ORB) menggunakan aras-aras ini sebagai titik masuk. Secara amnya, trader menggunakan rangka masa 5, 15, dan 30 minit untuk trade dengan strategi ORB.

Sebagai contoh, jika anda trade dengan julat pembukaan 15 minit bagi saham Apple, maka anda menilai julat antara paras tertinggi dan terendah APPLE bermula dari saat loceng pembukaan dibunyikan hingga 15 minit selepas itu. Dalam julat pembukaan ini, dua aras paling penting yang anda akan lihat adalah harga tertinggi dan terendah dalam tempoh 15 minit pertama. Lihat rajah untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas.

image_01.jpg

Di sini anda boleh lihat bahawa sesi trading bermula dengan senggang harga (price gap) pada carta harga. Kami menggunakan opening range (julat pembukaan) 15 minit untuk saham SPCE, jadi kami perlu melihat carta M5. Selepas harga mencipta julat pembukaan, kita boleh mencari titik masuk pada penembusan.

Analisis ORB cenderung berfungsi paling baik di pasaran yang mempunyai waktu buka dan tutup yang jelas, seperti saham. Pasaran saham AS buka pada 16:30 GMT+2 atau +3, lima hari seminggu, jadi anda boleh bersiap sedia untuk trading dan tidak perlu risau terlepas peluang berurusniaga.

Ingat, Amerika Syarikat menukar masa dua kali setahun - satu jam ke depan pada musim bunga, dan satu jam ke belakang pada musim luruh. Pertukaran ini berlaku pada tarikh berbeza setiap tahun, oleh itu pastikan untuk memantau waktu yang betul untuk AS.

Sejarah ORB

Strategi ini dicipta pada tahun 1960-an oleh pelabur dan trader Amerika yang terkenal, Arthur Merrill, yang menggunakannya selama hampir 20 tahun untuk trade indeks Dow Jones Industrial Average (DJIA). Walaupun strategi ini ada beberapa variasi, asasnya tetap sama. Untuk mencari julat pembukaan, beberapa trader menggunakan purata bergerak (moving average) jangka pendek, selalunya purata untuk tiga hari.

Seorang lagi trader terkenal, Sheldon Knight, menggunakan peratusan perbezaan antara paras tertinggi N-hari dan paras terendah N-hari untuk mencari julat. Kami lebih suka jika urusan kami semudah yang mungkin. Oleh itu, menggunakan purata jangka pendek atau paras tertinggi dan terendah pada hari tertentu adalah kurang berkesan berbanding menggunakan aksi harga pada permulaan sesi perdagangan.

Saiz Opening Range Breakout

Ada dua cara untuk mengukur saiz ORB. Cara yang pertama: candlestick pertama adalah yang terakhir dari sesi trading hari sebelumnya. Candlestick kedua ialah candlestick pertama yang terbentuk apabila pasaran dibuka. Untuk mendapatkan saiz julat, anda perlu mengambil tinggi/rendah penutupan sebelumnya dan tinggi/rendah candlestick pembukaan hari itu. Jarak antara kedua-dua harga ini adalah saiz julat pembukaan.

Berikut cara kami mengukur saiz suatu julat:

image_02.jpg

Cara lain untuk mengukur ORB adalah paras tertinggi dan paras terendah dalam tempoh yang diberikan selepas pasaran buka. Tempoh ini biasanya adalah 30 minit pertama atau sejam pertama sesi trading.

Dalam tempoh ini, anda ingin mengenal pasti paras tertinggi dan terendah pada hari tersebut. Selain itu, anda juga perlu mengambil kira paras tertinggi dan paras terendah sebelum pasaran dibuka, kerana paras-paras ini sering bertindak seperti magnet untuk aksi harga selepas loceng berbunyi. Mari kita lihat carta yang sama dengan ukuran yang berbeza.

image_03.jpg

Kalkulator Opening Range Breakout

Seperti yang anda sudah tahu, bahagian terpenting apabila anda trade julat pembukaan ialah penembusannya. Mungkin anda tidak tahu bahawa anda boleh menggunakan kalkulator ORB untuk membantu anda mencari peluang trading dan menggunakannya untuk maslahat anda. Anda boleh Google “Opening Range Breakout Calculator” untuk mencari salah satu laman web ini.

Laman-laman ini mengira paras tertinggi dan paras terendah dari julat pembukaan untuk anda, jadi lebih mudah untuk anda mula trading. Walau bagaimanapun, kami amat mengesyorkan agar anda menonton video Gap and Go kami kerana di dalamnya anda akan menemui beberapa alat yang akan membantu anda mencari senggang harga. Oleh itu, ia akan memudahkan anda menentukan aras-aras ORB.

Strategi trading ORB

Strategi ini terdiri daripada beberapa langkah:

  1. Cari senggang harga (price gap) pada carta harga saham. "Gap scanners" tersedia dalam talian secara percuma, jadi ini sepatutnya bukanlah suatu yang sukar. Di samping itu, anda boleh tonton Gap and Go kami. Ia akan memberikan lebih banyak maklumat tentang pencarian senggang harga.

    image_04.jpg
  2. Selepas anda menemui senggang harga yang sesuai, buka carta saham dan tunggu permulaan sesi trading. Bagi saham-saham AS, aksi bermula pada 16:30 GMT+2 dari September hingga Mac, dan pada 16:30 GMT+3 dari Mac hingga September.

    image_05.jpg
  3. Bergantung pada rangka masa yang anda pilih, tunggu sehingga 4-6 candlestick pertama ditutup. Biasanya, para trader memilih candlestick lima minit. Kemudian, tentukan paras tertinggi dan paras terendah julat seperti yang kita lakukan sebelum ini dalam tutorial ini.

    image_06.jpg
  4. Apabila sempadan julat ini dibolosi, anda membuka urusniaga searah dengan trajaktori harga. Renti Rugi (SL) anda harus berada dalam julat (di bawah paras tertinggi julat untuk posisi long dan di atas paras terendah julat untuk posisi short). Untuk menjaga pengurusan risiko dengan baik, Ambilan Untung (TP) biasanya diletakkan dua kali lebih jauh daripada Renti Rugi (SL).

    image_07.jpg

Tips untuk trading yang lebih baik:

  • Tutup sebahagian urusniaga anda separuh jalan menuju sasaran Ambilan Untung. Dengan cara ini, urusniaga anda akan menjadi bebas risiko. Ia akan membantu anda bertahan apabila urusniaga menyongsang harapan anda.

  • Jangan buka urusniaga jika anda tidak yakin, atau anda akan berasa gugup dan kurang fokus.

  • Tunggu sehingga candlestick tutup di atas julat pembukaan untuk mengelakkan penembusan palsu.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.