Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi keaktifan trader:
Pasaran saham AS dibuka pada 9:30 pagi EST. Ini juga waktunya bilamana Bursa Saham New York, pasaran kewangan terbesar, dibuka. Ratusan syarikat multinasional gergasi mengikutinya. Selepas sekian waktu, satu lagi hab perdagangan mega, Chicago Mercantile Exchange, turut dibuka untuk perdagangan. Apabila gergasi pasaran terlibat, para trader menjadi lebih giat, meningkatkan kemeruapan.
Ramai orang lebih suka trade pada waktu pagi. Dengan cara itu, mereka menyelesaikan urusan mereka dengan lebih cepat dan bebas membuat perkara lain sepanjang hari.
Keaktifan di sebelah petang adalah kerana semua syarikat kewangan utama, termasuk bursa saham, menutup urusan perniagaan untuk hari berkenaan. Pada masa ini, trader berusaha menuntaskan urusniaga mereka dan menutup posisi. Ini mencipta ledakan keaktifan dan kemeruapan pada jam terakhir, antara 3 petang dan 4 petang EST.
Selain itu, trader sangat aktif sebelum dan selepas hujung minggu, serta selepas penyiaran berita mengenai syarikat-syarikat besar. Jangan lupa untuk periksa newsfeed anda secara berkala!
Mereka yang berminat untuk trade di luar waktu biasa boleh mencuba perdagangan selepas waktu bekerja.
Cara mengambil kesempatan daripada saham power hour

Pedagang profesional suka saham power hour kerana ia adalah tempoh yang menyaksikan kecairan yang tinggi dan peningkatan volum urusniaga di pasaran. Salah satu komponen utama dalam trading yang sukses ialah memahami ciri-ciri khas trading dalam pelbagai sesi trading. Ini akan membolehkan anda menggunakan masa dan sumber anda dengan berkesan dan cekap.
Anda boleh menggunakan strategi yang berbeza untuk trading semasa power hour. Terdapat banyak pilihan, dan berikut adalah yang terbaik untuk digunakan semasa power hour pasaran saham:
Scalping
Scalping adalah strategi trading yang agak popular yang melibatkan pembelian dan penjualan aset kewangan (saham, matawang, hadapan, dsb.) beberapa kali dalam sehari dengan keuntungan yang kecil-kecil. Matlamat utama scalper bukan untuk mendapatkan keuntungan besar dari satu posisi tetapi dari beberapa dozen urusniaga.