FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

16 Mei 2025

Pengurusan risiko

Pelaburan Bebas Risiko dan Berisiko Rendah

Pelaburan Bebas Risiko dan Berisiko Rendah

Impian setiap pelabur adalah pelaburan yang membawa pulangan yang besar. Walau bagaimanapun, seringkali kehidupan ini menuntut pelabur membuat pilihan: pelaburan yang berisiko tinggi dengan pulangan yang lebih tinggi atau pelaburan tanpa risiko dengan pulangan yang lebih rendah.

Sebenarnya, pelaburan berisiko rendah boleh memberikan keuntungan yang cukup baik. Hari ini kita akan meneroka cara untuk membuat pelaburan berisiko rendah sebegitu dan cara ia boleh memberi manfaat kepada anda.

Apakah itu pelaburan bebas risiko?

Pelaburan bebas risiko ialah sejenis pelaburan yang anda tahu dengan pasti pulangan yang akan diperolehi. Sebagai contoh, anda membeli sekuriti dan yakin sepenuhnya bahawa syarikat yang menerbitkannya akan berjaya dalam beberapa tahun akan datang.

Tetapi jujurlah: pelaburan tanpa risiko memang sukar untuk ditemui. Hakikatnya, semua pelaburan membawa risiko dengan kadar yang tertentu lantaran kerana ketidakpastian. Pasaran pasti bergerak, bertindak balas terhadap peristiwa global yang berlaku dan keputusan ekonomi atau politik. Itu, adakalanya, benar-benar tidak dapat diramalkan. Malah kadang-kadang, satu kejutan sebenar berlaku — seperti pandemik COVID-19.

Tambahan lagi, kalau pun ia wujud, pelaburan tanpa risiko juga tertakluk pada inflasi, satu lagi perkara yang perlu kita pertimbangkan.

Memahami risiko

Image 01.jpg

Jangan bimbang! Daripada mengharapkan pelaburan yang bebas dari risiko sepenuhnya, anda boleh memilih pelaburan yang berisiko rendah dan meraih lebih banyak manfaat daripadanya.

Risiko bukanlah sesuatu yang perlu anda takuti. Ingat bahawa dalam perdagangan dan pelaburan, anda boleh menguruskan risiko. Kemungkinan natijah yang negatif boleh diminimumkan dengan bantuan alat-alat khas. Anda hanya perlu mempelajari cara menggunakannya — itulah cara untuk anda bersedia menghadapi apa jua yang bakal berlaku.

Terpulang kepada anda untuk menentukan sebesar mana risiko yang akan anda ambil. Anda boleh menganalisis aset yang anda rancang untuk dagangkan atau curahkan pelaburan anda, menilai potensi pulangannya, dan memikirkan pelan tindakan anda.

Jadi, mari kita beralih daripada mencari aset atau pelaburan yang bebas risiko kepada sesuatu yang lebih realistik. Sebaliknya, tumpukan perhatian anda pada nisbah risiko melawan ganjaran yang terbaik. Dan belajar menguruskan risiko.

Bagaimana cara untuk membuat pelaburan yang berisiko rendah

Image 02.jpg

Pertama, anda mesti sentiasa mempunyai pelan perdagangan, ambil untung pada masa yang betul dan bertenanglah ketika membuat keputusan. Ketahui asas-asas pelaburan dan saham.

Jika kita lihat dengan lebih mendalam, kita akan menemui beberapa cara yang bagus untuk mengehadkan risiko. Ia boleh membantu melindungi akaun anda daripada pergerakan yang tidak dijangka dan akhirnya melipatgandakan modal anda.

Teknik pengurusan risiko

Pengurusan risiko adalah penting bagi setiap trader atau pelabur yang ingin berjaya dalam jangka masa panjang. Pertama sekali, anda perlu mengingati peraturan 1%. Maksudnya, anda hanya membuka posisi tidak lebih daripada 1% daripada modal anda. Begitulah caranya untuk tidak merisikokan sejumlah besar akaun anda.

Seterusnya, gunakan alat renti rugi dan ambilan untung.

Jika urusniaga atau pelaburan anda tidak berjalan seperti yang anda jangkakan, pesanan anda akan ditutup untuk mengekalkan keuntungan yang baik atau mengehadkan potensi kerugian. Untuk menetapkan renti rugi dan ambilan untung dengan betul, gunakan analisis teknikal.

Pempelbagaian (Diversification)

Satu lagi strategi yang hebat untuk melindungi portfolio anda ialah pempelbagaian.

Seperti yang sering disebut oleh pelabur dan trader profesional: jangan membuat pertaruhan pada satu sumber sahaja Pempelbagaian bermaksud memilih aset daripada pelbagai industri. Sebagai contoh, katakan anda melabur dalam saham. Dalam kes itu, anda boleh memilih bukan sahaja syarikat teknologi AS seperti Apple atau Tesla, tetapi juga syarikat tenaga, syarikat e-dagang atau apa sahaja yang anda fikirkan bagus.

Tekankan kepelbagaian dalam pelaburan, agihkan dana anda kepada pelbagai jenis aset, dan anda akan tetap mampu bertahan walaupun terdapat sektor yang merosot. Semoga pulangan yang hebat menjadi milik anda!

Lindung nilai (Hedging)

Cara terakhir tetapi yang paling penting untuk mengurangkan risiko ialah lindung nilai.

Ini adalah situasi bilamana anda membeli aset dengan niat untuk mengurangkan risiko yang wujud disebabkan oleh posisi aktif yang lain. Jika anda terlibat dalam pelaburan yang berisiko tinggi, lindung nilai akan membantu anda mengimbangi potensi keuntungan dan kerugian. Walaupun ia boleh meningkatkan kos pelaburan anda, strategi ini membantu menghindari kerugian yang besar.

Seperti yang anda lihat, terdapat banyak cara untuk membuat pelaburan yang berisiko rendah di pasaran. Buat pilihan anda dan cubalah.

Rintis jalan pelaburan anda dengan FBS

Sama ada anda lebih menyukai pelaburan yang berisiko tinggi atau pelaburan yang bebas risiko, anda berada di tempat yang betul.

Dengan broker FBS, anda boleh belajar trade, melabur dan mengurus risiko dengan berkesan. Kami menawarkan pendidikan percuma – kursus trading untuk pemula dan trader mahir, selain daripada pelbagai artikel dan panduan video yang mengajarkan asas-asas dunia kewangan. Mula trade dengan broker global yang dipercayai sekarang!

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.