FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

06 Mei 2025

Strategi

Apakah Blok Pesanan Dalam Forex?

Apakah Itu Blok Pesanan Dalam Forex?

Trader runcit bukanlah satu-satunya pemain dalam pasaran forex. Sebagai tambahan, terdapat pemain-pemain lain yang lebih besar seperti bank pusat dan institusi kewangan. Memandangkan mereka mempunyai lebih banyak dana berbanding trader biasa, mereka biasanya melakukan transaksi besar yang dibahagikan kepada blok-blok pesanan (order blocks).

Dalam artikel ini, anda akan mempelajari apakah itu blok pesanan forex, cara menemukan blok tersebut pada carta harga, dan cara anda boleh memanfaatkannya.

Apakah itu blok pesanan forex?

Tidak seperti trader runcit yang motivasi utamanya adalah keuntungan, terdapat pelbagai sebab pemain-pemain pasaran besar membuat pesanan. Bank pusat, misalnya, melakukan perkara tersebut untuk mengawal nilai matawang negara, manakala syarikat dan institusi kewangan berbuat demikian sebagai sebahagian daripada strategi lindung nilai mereka. Dalam apa-apa kes, apabila mereka memasuki pasaran, mereka membawa wang yang banyak ke dalamnya.

Walau bagaimanapun, bolehkah anda bayangkan apa yang akan berlaku kepada harga pasangan forex jika institusi-institusi kewangan ini meletakkan keseluruhan pesanan mereka dalam satu dagangan? Pasaran akan menjadi sangat tidak stabil, dan harga sama ada akan melonjak atau menurun, menjadikan ia kurang menguntungkan bagi institusi. Itulah sebabnya mereka membahagikan pesanan mereka kepada beberapa dagangan yang lebih kecil, mewujudkan pesanan tertunggak yang akan dipenuhi tanpa memberi tekanan pada pasaran.

Dalam perdagangan forex, blok-blok pesanan ialah kawasan pada carta harga di mana institusi-institusi kewangan besar cuba membeli atau menjual pasangan matawang tanpa menjejaskan pasaran. Dan jika anda melihat carta harga, blok pesanan dilihat sebagai satu kumpulan pesanan yang tertumpu pada aras harga tertentu. Aras ini boleh bertindak sebagai sokongan dan rintangan, poin penyongsangan dan penembusan, dan secara amnya mendahului pergerakan pasaran yang mendadak.

MDP-8007_1_1200x675_MS.png

Kepentingan blok-blok pesanan

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa anda perlu mengetahui tentang blok-blok pesanan walaupun anda tidak ada kaitan dengan institusi kewangan yang lebih besar. Tetapi walaupun blok pesanan diletakkan secara khusus untuk mengelakkan kesan yang ketara pada harga pasangan mata wang, ia masih lagi menjejaskan pasaran.

  • Institusi-institusi kewangan yang besar selalunya mempunyai lebih banyak sumber maklumat yang tersedia untuk mereka. Oleh sebab itu, mereka mungkin cuba memanfaatkan berita-berita industri sebelum peserta pasaran yang lain. Trader runcit menyedari perkara ini. Oleh itu, mereka sering mengikuti pemain pasaran yang besar, yang boleh mengubah sentimen pasaran sepenuhnya.

  • Memandangkan blok-blok pesanan terdiri daripada berbilang pesanan yang dilaksanakan pada aras harga yang sama, ia boleh menaikkan atau menurunkan harga. Kesan ini tidak begitu dramatik seperti yang mungkin berlaku jika institusi-institusi meletakkan satu perdagangan besar, tetapi ia sudah cukup untuk mencetuskan perubahan.

  • Kadangkala, blok-blok pesanan boleh menyebabkan kemeruapan harga. Ini boleh berlaku disebabkan oleh perubahan dalam kecairan pasaran. Memandangkan blok-blok pesanan adalah besar, melengkapkan ia mungkin menjejaskan tahap bekalan dan permintaan. Ketidakseimbangan inilah yang menyebabkan kemeruapan harga, dan ia mungkin mengambil sedikit masa untuk pasaran kembali normal.

Seperti yang anda lihat, blok-blok pesanan memberikan kesan kepada pasaran dengan cara yang mungkin tidak berapa ketara pada awalnya. Itulah sebabnya mengetahui cara mengenali blok-blok pesanan pada carta boleh membantu anda bersedia untuk perubahan pasaran.

Cara mengenal pasti blok pesanan

Secara amnya, blok-blok pesanan berlaku selepas trend menaik atau menurun yang ketara. Pada carta harga, ia kelihatan seperti sekumpulan candlestick, yang menunjukkan kerancakan aktiviti perdagangan yang berlaku pada aras harga tertentu. Walau bagaimanapun, bukan setiap kelompok candlestick itu blok pesanan. Untuk menyemak sama ada formasi yang anda lihat ialah blok pesanan, anda perlu menggunakan alatan lain dan mencari signal yang lain.

Sebagai contoh, indikator volum seperti indikator volum pada baki, indikator trend harga volum dan oscillator Klinger boleh membantu anda menentukan sama ada suatu volum urusniaga yang besar sedang berlaku pada aras harga tertentu. Jika jumlahnya besar, terdapat kemungkinan yang besar bahawa beberapa institusi kewangan telah meletakkan blok pesanan.

Satu lagi petanda kewujudan blok pesanan ialah pasaran yang menjulat (ranging market). Pasaran menjulat berlaku apabila harga tidak mengikut mana-mana trend tertentu. Sebaliknya, ia turun naik dalam julat yang sangat sempit, melantun daripada aras sokongan dan rintangan. Aras sokongan dan rintangan yang kuat juga boleh mengiringi blok-blok pesanan.

Memandangkan blok-blok pesanan agak jarang berlaku, adalah penting untuk mencari gabungan tanda-tanda ini untuk mendapatkan pengesahan kukuh bahawa pembentukan yang anda lihat pada carta ialah blok pesanan.

Blok pesanan: strategi perdagangan

Jika anda berjaya mengenal pasti blok pesanan, anda boleh menggunakannya untuk dimanfaatkan. Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan blok-blok pesanan dalam strategi perdagangan anda:

  • Menemukan aras sokongan dan rintangan. Memandangkan harga dalam blok pesanan turun naik dalam julat yang sempit, aras berlakunya lantunan bertindak sebagai sokongan dan rintangan. Anda boleh membuka posisi apabila harga menembusi salah satu aras ini dan membuat pesanan renti rugi di bawah (untuk dagangan beli) atau di atas (untuk dagangan jual) aras yang ditembusi. Namun, berhati-hati, kerana penembusan pertama mungkin satu ujian, dan harga mungkin kembali ke blok pesanan.

MDP-8007_2_1200x675_EN.png

  • Penembusan (breakout). Blok-blok pesanan biasanya mendahului trend bullish atau bearish yang kuat. Anda boleh menunggu sehingga harga keluar dari blok pesanan dan memasuki perdagangan sebaik sahaja trend baharu dapat dikenal pasti.

MDP-8007_3_1200x675_MS.png

  • Mencari signal penyongsangan. Kadang-kadang, blok-blok pesanan mungkin diiringi dengan penyongsangan atau pola-pola candlestick . Jika anda melihat pola-pola penyongsangan pada carta, tunggu sehingga harga keluar dari blok pesanan tersebut. Kemudian, anda boleh membuka posisi dalam arah yang bertentangan dari trend yang sebelumnya.

MDP-8007_4_1200x675_MS.png

Seperti yang anda lihat, blok-blok pesanan boleh digunakan dalam beberapa cara yang berbeza, asalkan anda telah mengenal pasti blok pesanan dengan betul.

Blok pesanan: ringkasan

Blok-blok pesanan berlaku apabila para pemain pasaran yang besar memasuki pasaran forex. Walaupun mustahil untuk berdagang melawan institusi kewangan yang besar, blok-blok pesanan memberikan peluang yang sangat baik untuk para pedagang runcit menggunakan aksi pemain-pemain pasaran yang terkemuka untuk keuntungan mereka. Pada masa yang sama, blok-blok pesanan jarang berlaku. Oleh itu, mungkin sukar untuk ia dikenal pasti pada carta harga.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.