Ringkasan
- Sokongan & Rintangan:
- Rintangan: 0.8456
- Sokongan: 0.8220
- Pasangan ini didagangkan di bawah rintangan utama di 0.8456. Penembusan ke sebelah atas aras ini akan mencadangkan momentum menaik yang diperbaharui. Sebaliknya, penurunan melepasi 0.8220 akan mengukuhkan sentimen bearish.
- Pola carta:
- Ada pola sedang terbentuk dan ia mungkin pola penyongsangan bullish, disokong oleh peningkatan volum pembelian dan penembusan daripada downtrend baru-baru ini. Penutupan yang disahkan di atas 0.8285 boleh mencetuskan kenaikan lebih jauh ke arah 0.8456 dan seterusnya.
Faktor-faktor Fundamental Yang Mempengaruhi USDCHF
- Prospek A.S.:
- Semakan menurun penarafan kredit Moody ntuk A.S. daripada Aaa kepada Aa1 telah meningkatkan kebimbangan tentang kestabilan fiskal, menyebutkan tentang hutang sebanyak $36 trilion dan defisit yang berterusan.
- Ini telah mencetuskan sell-off bon Perbendaharaan A.S. melonjakkan hasil 30 tahun kepada lebih 5% — yang tertinggi dalam tempoh 18 bulan — mengakibatkan tekanan ke bawah ke atas dolar A.S.
- Dasar Rizab Persekutuan:
- Pegawai Fed, termasuk Alberto Musalem (St. Louis) dan Raphael Bostic (Atlanta), menekankan pendekatan tunggu dan lihat untuk perubahan kadar, mencerminkan nada dovish yang membebankan kekuatan USD.
- Prospek Swiss:
- Bank Negara Switzerland (SNB) telah mengekalkan kadar dasarnya pada paras 1.75%, mengukuhkan komitmennya untuk membendung inflasi.
- Ketahanan ekonomi Switzerland dan pendirian proaktif SNB terus menyokong kekuatan CHF, menjadikan USDCHF sensitif terhadap pelbagai trajektori dasar yang berbeza.
Intipati Penting Untuk Trader
USDCHF terus ditekan oleh latar belakang USD yang lebih lemah yang didorong oleh isu-isu fiskal A.S. dan Fed yang dovish. Sementara itu, dasar SNB yang mantap dan kestabilan ekonomi Switzerland menyokong kekuatan CHF. Penyongsangan bullish boleh terjadi jika pasangan ini menembus ke sebelah atas 0.8285, menyasarkan 0.8456. Walau bagaimanapun, kegagalan untuk kekal bertahan di atas 0.8220 boleh mencetus semula risiko penurunan. Pantau kemunculan data-data yang mengejutkan daripada A.S. dan komen-komen dasar SNB untuk petunjuk dan isyarat trading.
USDCHF – Rangka Masa H4
.png)
Walaupun terdapat penembusan berganda struktur secara bullish pada carta rangka masa 4 jam USDCHF, kita boleh nampak bahawa harga telah menunjukkan dua zon yang menampilkan pola penyongsangan SBR. Walau bagaimanapun, ini bukan penyebab kekeliruan, kerana dalam kes ini, kita hanya boleh mencari kriteria pengesahan bullish pada carta dengan rangka masa yang lebih rendah. Zon permintaan yang lebih rendah adalah lebih baik kerana ia membolehkan inducement harga yang lebih baik tatkala berhadapan dengan Fair Value Gap yang menonjol.
Jangkaan Penganalisis:
Arah: Bullish
Sasaran- 0.84948
Pembatalan- 0.80389
KESIMPULAN
Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.