Pada bulan September 2023, FBS dan Education Africa telah bekerjasama dalam usaha untuk memperkasakan pelajar Kolej Masibambane di Orange Farm, Johannesburg. Education Africa telah menubuhkan kolej tersebut dengan kerjasama Kolej St John pada 1996 dan kini mentransformasikannya untuk menjadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan STEM.
Kami berbangga kerana dapat menyumbang kepada usaha murni untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan peluang yang saksama kepada golongan yang kurang diberi perhatian ini. Sumbangan pertama kami sudah pun digunakan untuk membantu pembelian keperluan sekolah bagi menyediakan pelajar Kolej Masibambane alatan untuk meneruskan penerokaan STEM mereka, suatu dimensi teras dalam kurikulum sekolah tersebut.
Untuk menandakan permulaan usaha kolaboratif ini, Pasukan FBS kami telah melawat Sekolah Masibambane pada 20 September untuk berinteraksi dengan para pelajar dan dibawa meninjau sekolah tersebut. Perjumpaan ini telah menyaksikan penyerahan rasmi bekalan yang disumbangkan dan melambangkan permulaan kerjasama ke arah merealisasikan penmarhaenan pendidikan STEM di sekolah tersebut.
Dengan bergabung tenaga bersama Education Africa, kami memainkan peranan kami dalam memastikan akses sama rata kepada pendidikan berkualiti dan menghapuskan ketidaksamaan sejajar dengan agenda Pembangunan Lestari PBB.